1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh
itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya
yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca
“Alhamdulillahi ‘alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi
Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala
dosa.” ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah
melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
12. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
13. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
14. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya
kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula berhak terhadap lelaki
?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.
15. Seorang wanita yang apabila
mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan),
memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan
masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
16. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
17. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
21. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
22. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.
23. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
24. Wanita yang memberi minum susu
kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
25. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
26. Jika wanita memberi susu badannya
kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat
dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah
akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.
28. Apabila seorang wanita mencucikan
pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan
mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari
sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya
seribu darjat untuknya.
29. Seorang wanita yang solehah lebih
baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita
yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh
pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat
masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
30. Mana-mana wanita yang menunggu
suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya
atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau
memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya
atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah,
maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap
langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan
seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga
tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada
seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.
32. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di
pandang Allah dengan penuh rahmat.
33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.
35. Jika wanita memicit suami tanpa
disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami
bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita
yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka
dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.
37. Thabit Al Banani berkata : Seorang
wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya
kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam
pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu
pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan
keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati
suaminya).
38. Pada suatu ketika di Madinah,
Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa
orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu
menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka, “Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya
kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi
tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya
sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
39. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
42. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita
yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7
parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu
ialah sejauh langit dan bumi.”
43. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita
yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik
sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan
jahat.”
44. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita
yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat
khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
45. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita
yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka
Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi
makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang
yang tidak berpakaian.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita
yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan
mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan
baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula
pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata
orang-orang yang memerhatikannya.”
47. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah
barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong
misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari
sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan
didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga
dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia
melintas Titian Shirat.”
48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
49. Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.
50. Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada
wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.
51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
52. Salah satu tanda keberkatan wanita
itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula
maharnya (mas kahwin).
53. Sebaik-baik wanita ialah wanita
(isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan
engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan
jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar